Tuesday, September 28, 2010

mode????

nape aku jd makin malas ekkk.... mgu pntg nk dkat dh.... tp bkn aku malas.... otak aku je yg dh tepu nk baca.... i've read a lot about chlorophyll-a but at last minute , i must chnage my project...... aaaaaahhhhh tensionnya nk baca bnda br..... otak aku dh tepu dh nk baca.... baca, baca, baca...... pening la..... huuhuh

Monday, September 27, 2010

minggu terakhir..... 26 - 30 september 2010

minggu nie minggu terakhir aku bergelar student praktikal umt..... sejauh mane ilmu yg ku dapt? minggu nie minggu plg menyerabutkan bgku..... macam2 mslh dtg... ngan si dot yg aku ngan dia xsuka wat hal.... ape salah aku bergelar student diploma??????? huh tension!!! pe2 pon minggu nie mgu last aku disini..... thanks 4 evrything.... sepahit, semanis kenagan di umt adalah pengalaman bagiku.... pengalaman disini byk mengajarku erti hidup di tempat org.... walau aku penah belajar ditempat org iaitu perlis tp dugaan yg ku dapat disini tidak mungkin kulupakan.... byk kali air mataku mengalir disini... huuhuhu.... so emotional person..... pe2 pon thanks umt coz bg peluang utk aku belajar disini walau stakt 3 bln je..... 3 bln tu dh byk beri aku pengalaman manis dan pahit.... thanks.......

Monday, September 6, 2010

coming soon....

to ol my novel follower, wait 4 da next chapter k... dh siap tp aku xnk post lg la.... msh dlm editan... huhuuhuuh.... lgpon saja nk dera korang semua.... hahhaaahh... if u setia, plzzz wait k... btw, thanks a lot 4 ur support k!!!!

Sunday, September 5, 2010

ramadhan will change with syawal....

hari nie dh 26 hari kt berpuasa.... hanya tinggal berapa ari je lg ramadan kan meniggalkan kita... adakah sudah cukup amaln kt di bulan ramadan thn nie??? harap2 ok la berbanding dr thn lepas.... apa2 pon aku nk ucap selamat teruskan ibadah puasa... yg belum tinggal tu (girl only) cepat2 la tinggal... aku jeles la bila tgk org xtinggal puasa nie.... aku dh tinggal dh... awal ramadan lg tau... 8 ari kot.... penat la aku nk ganti... hhuhuuhu.... tapi apa kan daya, itu semua sudah lumrah hidup perempuan.... dah2 aku xnk ckp sal tu dah... ni aku nk wish selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua kawan2ku.... maaf la segala kesilapanku yea.... aku sayang korang semua....



tengok aku dh nangis dh.... maafkan aku yea kawan2....

smile....


mulakan harimu dengan senyuman.... morning everyone,,,,

Thursday, September 2, 2010

cerpenku---> PINTU HATIKU HANYA UNTUKMU

BAHAGIAN 1

“Haris, haris, haris”….. pekik Arissa memanggil teman baiknya itu…. Namun haris langsung tak memalingkan mukanya ke arah Arissa walaupun dia mendengar dengar jelas jeritan kawannya itu.. Arissa mendengus kasar apabila Haris tidak mempedulikannya…“Tak pe Haris kau tak endahkan aku hari nie,”gomel hati kecil Arissa. Tiba-tiba dia merasakan bahunya disentuh oleh seseorang.. Dia memalingkan mukanya lalu terlihat kelibat kawan sekelasnya, Amir.. Amir menyapanya, “Kenapa nie Rissa? Muncung semacam je aku tengok kau…”ejek Amir sambil tersenyum.. Lantas tangan Arissa hinggap di bahu amir.. Spontan Amir mengaduh kesakitan.. “Best tak penangan tangan aku,” tanya Arissa kepada Amir sambil tersenyum mengejek.. Amir hanya tersenyum malu.. Tanpa banyak soal, Arissa bertanyakan kepada Amir tentang Haris.. “Hoi Amir, kau tahu tak kenapa ngan mamat poyo seorang tu?” tanya Arissa.. Amir hanya tersenyum mendengar soalan Arissa.. “Rissa, rissa,….takkan la kau tak tahu kenapa ngan mamat poyo kesayangan kau tu?”.. jawab haris selamba.. “Sebab aku tak tahu la aku tanya kau nie, marah Arissa”… Amir tersenyum lagi.. “Wahai cik Putri Arissa Farisha, mai aku bagitahu ape yang tak kena ngan Haris k, pujuk Amir lembut..” “Sebenarnya tadi si Haris poyo tu kena hentam dengan Madam Hana gara-gara dia tersalah buat tajuk presesentation…” bagitahu Amir sungguh-sungguh.. Arissa khusyuk mendengar kata-kata Amir tanpa menuturkan sepatah kata… “Habis takkan sebab tu dia nak marah aku sekali,”bentak Arissa marah… Amir tersenyum lagi… “Bukan sebab tu jer wahai tuan puteri…. Haris tambah marah bila satu dewan gelakkan dia tadi,” bagitahu Amir lagi… “Tak pe la Rissa, jap-jap lagi ok la Haris tu, bagitahu Amir untuk sejukkan hati Arissa…” “Dah fikirkan dia, jom aku belanja kau lunch, ajak Amir…” tanpa banyak soal Arissa terus mengikut Amir…
Di kedai makan, Arissa tak banyak cakap macam biasa.. Amir sudah buntu memujuknya namun Arissa terus membisu.. “Rissa, jangan la macamnie….”pujuk Amir.. “Tak baik tau buat muka depan rezeki,”tambah Amir lagi… Arissa sekadar mengangguk… “Amir….”panggil Arissa lembut.. “Thanks.., ucap Arissa tiba-tiba..” “Thanks? tanya amir..” “Untuk ape? tanya amir lagi” Arissa tak menjawab…. Dia diam seketika… Tiba-tiba dia tersenyum.. Amir kebingungan memikirkan pelakuan Arissa.. “Romantik juga kau rupanya, baru aku tahu,”bagitahu Arissa sambil tersenyum.. “Romantik ape lak kau nie Rissa, pening aku tengok kau nie, jap moody, jap happy…”kata Amir sambil gelengkan kepala… “Tak pe la Amir, aku nak balik, dah lewat dah nie…” minta Arissa.. Amir sekadar mengangguk…. “Jom aku hantar kau balik, buah hati kau dah balik tinggalkan kau,” kata Amir sambil tersenyum… Arissa tunjukkan buku lima kepada Amir… Amir sekadar tersenyum lalu bangun menuju ke kaunter bayaran.. Arissa masih duduk di kerusinya sehinggalah Amir datang kepadanya… “Jom,” ajak Amir ringkas… Arissa sekadar menuruti langkah Amir ke tempat parking keretanya..
Arissa menghempaskan badannya ke atas katil… “Penatnya,”rungut Arissa.. Arissa merehatkan badannya sehinggalah dia tertidur dan hanya tersedar apabila handsetnya berbunyi.. Lantas dia mencapai handsetnya dan terkejut apabila nama Haris tertera pada skrin… Arissa berfikir mahu menjawab ke tak panggilan Haris.. Tanpa banyak fikir, Arissa menolak panggilan Haris… “Padan muka kau,”gomel hati kecil Arissa.. Marahnya pada Haris masih tak hilang… 2 minit kemudian, handsetnya berbunyi lagi… Kali nie bunyi ringtone mesej… Arissa sudah dapat mengagak siapa penghantarnya.. Memang betul jangkaan Arissa…
Rissa, abg tahu Rissa masih marahkan abg pasal hal ptg td.. abg tak sengaja nak lukakan hati Rissa tapi abg memang tengah tension td… abg mitak maaf sangat-sangat dengan Rissa… Maafkan abg Rissa… Jangan buat abg camnie… Abg menyesal buat Rissa macam td.. abg mitak maaf syg…
Arissa terkedu apabila Haris membahasakan dirinya sebagai sayang… Tiba-tiba air mata perempuannya mengalir… Dia tak tahu kenapa dia begitu tersentuh dengan kata-kata Haris… Handsetnya berbunyi lagi… Arissa mengesat air matanya… Lalu dia menjawab panggilan Haris… “Hello,”sapa Haris memulakan perbualan.. “Thanks sudi jawab panggilan abang,” kata Haris lagi.. “Hello,”jawab Rissa ringkas.. “Marahkan abang lagi ke?” tanya Haris.. “Tak,” jawab Arissa pendek. “Rissa….” abang mitak maaf pasal tadi.. “Abang tak sengaja, maafkan abang yea Rissa,” pujuk Haris.. “Yeala, Rissa maafkan abang,”jawab Rissa selamba.. “Betul nie Rissa? tanya Haris inginkan kepastian… “Kenapa, abang nak Rissa marahkan abang ke? ugut Arissa sambil tersenyum…” Haris tergelak mendengar kata-kata Arissa… Hatinya kembali berbunga apabila dia terdengar Arissa tergelak sama.. “Rissa, jom temankan abang makan, abang lapar la, tak ada selera nak makan tadi,” pinta Haris… Arissa lantas teringatkan pelawaan Amir untuk menemaninya menonton wayang sekejap lagi…. Arissa bingung.. Dia tak tahu hendak pilih ajakan siapa… Haris bersuara, “Rissa dengar tak abang tanya nie?” tanya Haris lagi… “Yeala abang, Rissa temankan abang,” jawab Rissa.. “Thanks ucuk abang,” kata Haris sambil tersenyum.. “Tak pe la abang, Rissa nak mandi dan solat nie..” “Abang nak datang jemput Rissa pukul berapa? “Kul 8.30 blh sayang?” gurau Haris… “Sayang?tanya Arissa” “Ok la abang, Rissa pergi mandi dulu” “Bye,” ucap Arissa… Haris membalas, “Ok,bye sayang abang…”
Arissa lantas menaip mesej…
Mir, sory Rissa tak boleh temankan Mir malam nie… sory…
Sebentar kemudian, bunyi mesej masuk..
 Tak pe, Mir dah boleh agak… nak keluar dengan Haris ke? Amir terdengar dia berbual kat handset tadi.. Amir tak sengaja dengar.. tak pela…. Rissa temankan Haris malam nie.. bye
Arissa terkejut apabila Amir terus ucapkan selamat tinggal pada mesej tadi… Dia tahu Amir marahkanya… Lantas Rissa membalas lagi..
Mir….. Rissa mitak maaf… Rissa bingung tadi… sory Mir..
Amir membalas…
Pergi la bersiap… Haris dah siap mandi tu.. tak pe… jangan risaukan Amir… Amir dah bagi kat kawan tiekt wayang tu… hope u happy keluar dengan Haris.. :-)
Selepas dia membaca mesej Amir, Arissa segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air…. Siap mandi, dia terus menunaikan solat maghrib… 5minit kemudian, dia bersiap.. Tiba-tiba handsetnya berbunyi..
Abg dah kat depan umah nie…. dah2 la tu mekap… syg abg dh cantik dh.. hehehe
Arissa sekadar membalas…
Jap abg jahat… hehhehe
Haris membalas lagi…
Yeala tuan puteri abg…
Selepas mengenakan sedikit make up, Arissa mencapai blouse lalu menyarungnya…Untuk ramput, dia sekadar melepaskannya sahaja kerana rambutnya masih sedikit basah… Ketika menuruni tangga, mamanya menyapa… “Rissa, Haris dah sampai tu,” bagitahu Puan Ayu kepada anak tunggalnya… “Yea ma, Rissa tahu,” sambil menyalami mamanya.. Perkara wajib yang dilakukannya apabila mahu keluar dari rumah.. “Jangan balik lewat sangat tau sayang, tak manis kalau jiran-jiran tengok,” pesan Puan Ayu lagi…“Yes madam,” gurau Arissa.. Puan Ayu sekadar tersenyum melihat telatah puteri kesayangannya itu..
“Hai tuan pueri, wanginya….” sapa Haris… “Berapa botol perfume Rissa pakai nie,” tanya Haris dalam nada bergurau… “Kenapa, nak tolong belikan ke kalau dah habis?” tanya Arissa bergurau… “Abang boleh je tapi dengan syarat….” kata Haris tanpa menghabiskan kata-katanya.. “Syarat ape lak abang nie?” tanya Arissa inginkan kepastian… “Dengan syarat Rissa jadi isteri abang, boleh? tanya Haris serius… Arissa terdiam… Haris tersenyum melihat reaksi Arissa… Dia tahu Arissa malu apabila dia bertanyakan soalan begitu… “Abang gurau jeala Rissa,” pujuk Arissa cuba tenangkan Arissa.. “Yeala abang…” jawab Arissa bersahaja… Sepanjang perjalanan, tidak banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua.. Masing-masing lebih selesa melayan perasaan sambil mendengar celoteh deejay radio…
Selepas memakirkan kereta, Haris turun dari kereta dan belum sempat Arissa membuka pintu, Haris terlebih dahulu membuka pintu kereta untuknya… “Dipersilakan turun wahai tuan puteri,” kata Haris manja… “Thanks,” ucap Arissa… Mereka berjalan seiringan menuju ke meja makan yang sudah ditempah oleh Haris… Memang sudah menjadi kebiasan mereka makan di restoran itu dengan menempah meja terlebih dahulu… Bukan ape, silap hari bulan mereka terpaksa berdiri untuk menunggu meja kosong… Mereka sudah banyak kali terkena, sebagai pengajaran, Haris akan menempah meje terlebih dahulu… Dia tak mahu Arissa merajuk seperti dua bulan lepas apabila terpaksa menunggu hamper sejam baru mereka mendapat meja… Haris tidak mahu Arissa bermasam muka dengannya lagi… Itulah tekadnya…
Tiba-tiba Arissa merasakan tangan Haris menggenggam jemarinya… Dia menoleh ke muka Haris… Haris sekadar tersenyum apabila dia mengetahui Arissa kurang selesa dengan tindakannya… Arissa cuba untuk menguraikan genggaman Haris namun dia tak berdaya melawan kekuatan Haris. Makin dia mencuba melepaskan, makin kuat genggaman Haris… Akhirnya Arissa terpaksa mengalah..
Sampai sahaja di meja mereka, Arissa terkejut apabila dia melihat ramai kawan-kawanya disitu… Mamanya turut kelihatan.. Arissa bingung… Mamanya datang kearahnya lalu memeluk Arissa sambil mengucapkan “Happy birthday sweet 22 sayang…” Arissa terkejut lalu air matanya mengalir lagi… Dia terlupa hari nie adalah 25 April dimana dia dilahirkan kedunia ini 22 tahun lepas… “Thanks ma…,” ucap Arissa… “Jangan nangis sayang, nanti hilang mekap tu…” pujuk Puan Ayu… Selepas itu tedengar nyanyian selamat hari lahir untuknya… Arissa sungguh terkejut sehingga hilang kata-kata… Haris datang kearahnya sambil membawa sekotak hadiah… “Happy birthday sweetheart, dah tua dah tuan puteri yea,” kata Haris sambil tersenyum.. “Thanks abang..” ucap Arissa… “Jom Rissa, tetamu tak sabar dah nak makan kek,” ajak Haris… Arissa sungguh gembira dengan kejutan itu..
Selepas memotong kek, Arisssa menerima banyak hadiah dari kawan-kawan… Papanya turut memberikan hadiah kepadanya… Papanya tak pernah melupakan hari lahir Arissa walaupun papanya sekarang tengah bahagia dengan isteri barunya… Dia tak menyalahkan papanya seratus peratus kerana berkahwin lain… Dia tahu papanya inginkan zuriat lelaki untuk mewarisi empayar perniagaannya.. Dia masih ingat kata-kata papanya 10 tahun lepas… “Ma, abang kahwin lain nie bukan sekadar nafsu lelaki abang semata-mata, tapi abang nakkan zuriat lelaki untuk mewarisi perniagaan abang bila abang tiada nanti…” kata Tuan Haikal kepada isterinya”… “Abang mitak maaf ma,” kata Tuan Haikal sambil memeluk isterinya.. Arissa tahu mamanya rela papanya berkahwin lain tapi hati perempuan mana tak sedih apabila terpaksa berkongsi kasih…Air mata Arissa mengalir apabila teringatkan saat-saat itu… Tiba-tiba Haris datang kepadanya… Cepat-cepat Arissa menyapu air matanya sebelum disedari oleh Haris.. “Rissa, nie hadiah dari Amir, dia tak boleh datang, dia ada kerja katanya, dia mitak maaf dengan Rissa sebab tak dapat datang ke majlis nie,” bagitahu Haris panjang lebar.. Air mata Arissa mengalir… Dia tahu Amir kecewa dengannya… “Amir, maafkan Rissa..” kata Rissa dalam hati… “Kenapa nangis nie?” tanya Haris sambil mengesat air mata Arissa” “Birthday girl tak boleh nangis tau.. kata Haris lagi” “Abang, thanks buat surprise untuk Rissa… “Rissa tak sangka abang ingat hari lahir Rissa, thanks abang..” ucap Arissa lagi..  “Abang sentiasa ingat hari penting bagi abang,” kata Haris sambil menggenggam tangan Arissa sekali lagi.. Sekali lagi Arissa tergamam…
“Rissa, mama dah nak balik,”  bagitahu Puan Ayu.. “Mama datang dengan siapa tadi?” tanya Arissa.. “Mama drive sendiri tadi, ” jawab Puan Ayu… “Mama drive????”  tanya Arissa sedikit terkejut… Mamanya sudah lama tak drive kereta sendiri hinggakan pergi butik dia pun, Pak Kamil yang hantarkan… “Yea Rissa, mama drive, Pak Kamil ada hal keluarga tad” “Yeala ma, kalau macam tu, Rissa balik dengan mama jelah…” “Tak pela Rissa, tak elok,” bagitahu Puan Ayu kepada Rissa dalam nada memujuk… “Tak elok kenapa pulak mama?” tanya Arissa sedikit tak puas hati… “Yeala kan Rissa datang dengan Haris, balik pun mesti dengan dia jugak…” “Yeala ma, Rissa faham…” jawab Rissa sedikit sayu… “Mama hati-hati tau, dah sampai rumah, call Rissa tau,” pesan Rissa lagi.. “Yeala sayang…”kata Puan Ayu sambil member kiss di pipi puterinya…
“Rissa, abang dah mitak izin dengan mama Rissa tadi…” “Mitak izin untuk ape pulak abang?” tanya Arissa ingin mengetahui… “Abang nak bawa Rissa tengok wayang, jadi mesti habis lambat, abang tanya la mama Rissa, dia bagi,” jawab Haris sambil tersenyum.. “Tengok wayang?” tanya Arissa lagi… “Yea, kenapa Rissa? Rissa tak suka ke?” tanya Haris… “Bukan tak suka, tapi ntah, Rissa rasa Rissa macam tak ada mood la nk tengok wayang malam nie,” bagitahu Rissa.. “Kalu Rissa tak nak, tak pela, abang tak paksa,” bagitahu Haris dalam nada kecewa…Tambah Haris lagi, “tiket nie Amir yang bagi, dia kata dia ajak kawan dia tapi kawan dia keluar dengan orang lain lak, sebab tu dia bagi kat abang,” bagitahu Haris… Arissa sedikit terkejut apabila Haris memberitahu perkara sebenar… Rasa bersalah datang dalam diri Arissa…“Mir, sory….” ucap Arissa dala hati kecilnya…
Usai majlis itu, Haris dan Arissa meninggalkan restoran tersebut dengan perasaan yang gembira lebih-lebih lagi bagi Arissa. Arissa sangat gembira pada malam itu kerana majlis tadi adalah majlis pertama yang diraikan bersama kawan-kawan direstoran…Biasanya,mamanya mengadakan majlis hari lahirnya dirumah mereka…Tetapi berlainan pada ulang tahun kali ini kerana disambut diluar…. Berbeza dengan tahun-tahun biasa.. Tetapi tahun ini turut berbeza kerana Amir tak turut sama dalam majlis meraikan hari lahirnya ke 22 tahun… Lama Arissa mengelamun perasaannya sorang-sorang… Tanpa disedari Arissa, Haris khusyuk memerhatikannya walhal dia tengah memandu pada masa itu…Arissa tersedar apabila merasakan dirinya diperhatikan oleh Haris…Arissa memalingkan mukanya kearah Haris…“Apa tengok orang macam tak puas hati je?” tanya Arissa marah.. “Abang tak puas la tengok muka Rissa,”kata Haris… Haris menambah lagi, “muka Rissa seiras macam muka arwah adik abang yang meninggal, nama dia pun Arissa jugak,”  bagitahu Haris… Arissa tersetak kerana sepanjang perkenalannya dengan Haris, dia tak mengetahui Haris mempunyai adik perempuan… Yang dia tahu Haris sama macam dia, anak tunggal…Baru malam nie, Arissa tahu yang sebenarnya Haris ada adik perempuan pada asalnya… “Adik abang meninggal sebab ape, maksud Rissa sebab penyakit ke ape?” tanya Rissa… Haris terdiam…Arissa menjadi serba salah apabila melihat perubahan riak muka Haris… “Abang, Rissa mitak maaf kalau pertanyaan Rissa tadi membuatkan hati abanga terluka, Rissa tak sengaja,”rayu Arissa…Haris mendiamkan diri lagi… Arissa menjadi takut apabila Haris terus diam seribu bahasa…“Abang….” panggil Arissa lembut… “Rissa mitak maaf abang, Rissa tak bermaksud nak buat abang sedih, Rissa mitak maaf abang….” rayu Arissa lagi.. “Abang ok Rissa, cuma hati abang sayu teringatkan arwah adik abang…” Haris bersuara apabila melihatkan Arissa menjadi serba salah… “Kalau abang tak nak cerita kat Rissa tak pe, Rissa faham perasaan abang, Rissa mitak maaf yea abang….” rayu Arissa lagi…Serta merta tangan Haris hinggap dibibir Arissa..Dia member isyarat supaya Arissa berhenti dari berkata-kata…Dia tahu Arissa akan menangis apabila terus dibiarkan berkata-kata… “Rissa, boleh tak kalau Rissa jadi adik abang?” tanya Haris… Arissa terdiam apabila Haris bertanyakan soalan sebegitu kepadanya… Sebentar kemudian, Arissa mengangguk tanda bersetuju… “Thanks Rissa,” ucap Haris… “Umi, Haris kan bawa anak perempuan umi kembali, Haris kan tunaikan janji Haris kepada umi,” kata Haris dalam hati… “Abang…. panggil Rissa lembut” “Yea Rissa, ada ape,” tanya Haris… “Nanti bila abang dah bersedia, abang ceritakan kat Rissa pasal adik abang boleh?” tanya Arissa lagi.. “Tu pun kalau abang tak kisah,” tambah Arissa.. “Ok la adik abang, bila ada masa, abang cerita kat Rissa yea,” pujuk Haris.. “Thanks abang,” ucap Arissa… “Sama-sama Rissa,” balas Haris”
“Jom Rissa, kita dah sampai…” ajak Haris… “Sampai kat mana abang?” tanya Arissa dalam keadaan mamai.. Dia tak tahu masa mana dia tertidur… Mungkin penat sangat di majlis tadi sampaikan dia terlelap di sebelah Haris… “Kita dah sampai panggung la sayang…” kata Haris manja… “Oooo, sory Rissa tertidur, penat sangat” “Yeala adik abang, nie belum tengok wayang lagi dah tertidur, dah tengok nanti abang tak tahu la macamana…” perli Haris… Arissa sekadar tersenyum mendengar kata-kata Haris… Memang betul kata Haris tu…

Setiba mereka di panggung,bilik untuk cerita Syurga Cinta sudah dibuka… Selepas menyerahkan tiket, Haris memimpin tangan Arissa masuk ke bilik panngung… Sekarang, Arissa merasa tenang apabila Haris memegang tangannya tidak seperti pada mulanya di restoran tadi… Haris turut merasakan perubahan Arissa… Tanpa melengahkan masa, mereka mempercepatkan langkah agar tidak ketinggalan untuk menonton permulaan cerita Syurga Cinta.
Selepas mengambil tempat masin-masing, mereka menunggu tayangan dimulakan… Sambil menunggu, Arissa makan pop corn yang dibeli Haris sebelum masuk tadi.. Arissa terkejut apabila tayangan dimulakan dengan iklan cerita hantu… Dia menjerit serta merta… Ramai penonton lain menoleh kea arahnya.. Haris terkejut apabila mendengar jeritan Arissa lantas dia menenangkannya… Ada kalangan penonton tergelak-gelak melihat reaksi Arissa… Pada mulanya Haris hampir ketawa sama melihat reaksi terkejut Arissa tapi dia menghormati Arissa sebagai temannya pada malam tu… Arissa hampir menangis apabila melihat ada kalangan penonton ketawakannya… Dia malu… “Abang… Rissa nak balik,” rayu Arissa… Haris terkejut mendengar permintaan Arissa tapi dia memahami kenapa Arissa meminta sedemikian.. Arissa malu dengan tindakannya tadi… Haris berusaha memujuk Arissa supaya bertenang.. “Rissa bertenang yea, kan bang ada nie, Rissa jangan nangis k...” pujuk Haris… Arissa sekadar mengganguk mendengar pujukan Haris… “Ok abang, thanks” “Welcome adik abang” “Kalau Rissa mengantuk, Rissa tidur la, nanti cerita nie dah habis abang kejutkan Rissa,” pujuk Haris lagi…
Tidak lama kemudian, tayangan dimulakan… Haris dan Arissa khusyuk menonton tayangan… Tiba-tiba suasana sunyi berhenti apabila handset Arissa berbunyi… Sekali lagi penonton melihat ke arah Arissa… Arissa menjadi panik lalu mengeluarkan handsetnya dari handbag yang berada di atas pahanya… Dia terkejut apabila mesej yang diterimanya datang dari Amir..
Rissa kat panggung ke? Harap Rissa gembira menonton Syurga Cinta bersama Haris… Amir ingatkan Amir kan tengok cerita tu bersama Rissa tapi tak ada rezeki… tak pela Rissa, Amir faham… Amir takkan ganggu hubungan Rissa dengan Haris… Amir tahu Haris sayngkan Rissa lebih dari seorang kawan.. Rissa pun sama kan? Amir harap korang berdua kan berbahagia… Amir rasa setakat nie jelah hubungan persahabatan kita… Amir tak nak ganggu hubungan Rissa dan Haris… Bye
Arissa tersentap membaca mesej Amir sebentar tadi.. Dia tak menyangka Amir kan berkata sedemikian… Amir sudah berubah… “Mudahnya kau berubah Amir gara-gara Rissa tak dapat menemani Amir menonton wayang,” ucap Rissa dalam hati… Hatinya begitu tersentuh dengan mesej dari Amir tadi… Mudahnya Amir memutuskan hubungan persahabatan yang terjalin dari sekolah menengah lagi… “Terima kasih Amir, terima kasih,” sayu hati Arissa menuturkan bicara… Air mata Arissa mengalir lagi… “Rissa, siapa hantar mesej? mama ke?” tanya Haris… Dia risau kalau-kalau Puan Ayu risaukan Arissa… Maklumlah jam sudah menunjukkan angka 2 pagi… Tak manis anak dara keluar malam tambah-tambah lagi berdua dengan lelaki.. “Tak la abang, kawan Rissa yang hantar, dia wish birthday untuk Rissa,” tipu Arissa… “Oooo… abang ingatkan mama Rissa dah tadi,” kata Haris… “Rissa tak mengantuk ke?” tanya Haris… “Tiba-tiba rasa mengantuk Rissa hilang la abang,” jawab Rissa lembut… “Kenapa Rissa syok tengok cerita nie ke?ke Rissa terbayang Rissa yang berlakon?” tanya Haris sambil bergurau.. “Isshh abang nie ada ke fikir Rissa macam tu, Rissa mana la ada bakat berlakon,” kata Arissa sambil tersenyum.. “Yeala tu adik abang”... Mereka meneruskan menonton cerita tanpa disedari oleh Arissa dia terlupa untuk membalas mesej Amir…
Amir tertunggu mesej dari Arissa sehingga tertidur… Apabila tersedar, peti mesejnya masih kosong… Hatinya kuat menyatakan Arissa sudah melupakannya dan sedang bergembira dengan Haris… Amir sengaja menghantar mesej kepada Haris dengan tujuan mengetahui apakah reaksi dari Haris…
Hoi kawan, ada di mana tu? Tak ingat jalan nak balik rumah ke? Hehhehe
Amir menunggu balasan dari Haris… Tapi dia merasa hampa kerana Haris turut tidak membalas mesejnya… Memang mereka berdua tengah bergembira… Air mata lelakinya mengalir keluar… Akhirnya air mata ego seorang lelaki tumpah kerana seorang perempuan… “Arissa, kuatnya panahan cintamu dalam hatiku, kenapa kau tak mengerti perasaanku?” keluh hati Amir… Baru sekarang dia sedar hati Arissa tiada ruang langsung untuknya…
Di panggung wayang, tayangan Syurga Cinta baru sahaja habis… Masin-masing tersenyum puas dengan jalan cerita tersebut.. Begitu juga dengan Haris dan Arissa… Mereka tersenyum puas dengan cerita itu yang berakhir dengan perkahwinan yang cukup indah… Rata-rata penonton berpuas hati.. Tidak kurang juga yang membayangkan cerita itu tentang mereka tambah-tambah lagi bagi pasangan yang bercinta… Masing-masing sibuk menukar jalan cerita untuk menjadi lebih menarik… Haris dan Arissa sekadar tersenyum melihat gelagat penonton itu…
Sedang mereka berjalan, Haris merasakan handsetnya bergetar… Semasa dalam panggung, Haris silent handsetnya agar tidak mengganggu penonton lain.. Rupa-rupanya umi yang call… Belum sempat Haris menjawab, talian telah diputuskan oleh uminya… Haris mendail kembali uminya kerana dia tahu mungkin uminya risau dia belum pulang lagi.. Haris telah berjanji yang dia akan pulang kerumah uminya malam nie memandangkan esok adalah hujung minggu… “Hello umi, Haris nie, Haris nak balik dah nie, umi belum tidur lagi ke?” tanya Haris lembut…. “Hello anak teruna umi, ada di mana tu?” tanya Puan Sharifah tanpa menjawab soalan Haris… “Haris nak balik la nie umi, umi nak hantar kawan Haris dulu yea, lepas tu Haris balik la...” “Yeala Haris, jangan lambat sangat tau,” pesan Puan Sharifah lagi… Haris mematikan talian selepas menjawab salam uminya... Selepas mematikan talian, barulah Haris perasan yang Amir ada menghantar mesej kepadanya… Haris segera membalas…
Sory mir, aku tak perasan kau mesej tadi.. Silent la… Best cerita tadi… Rugi kau tak datang tengok.. hehehe
Di rumah sewanya, Amir menerima mesej dari Haris… Dia tidak membalas mesej itu kerana terlampau sakit hati… Tapi dia tidak mengetahui kenapa dia harus menyimpan perasaan sebegitu kepada Haris…Haris tidak membuat apa-apa salah kepadanya… Amir lantas bersuara dalam hatinya, “Haris, kau akan menyesal kerana merampas Arissa dari aku!!” Amir meraup mukanya beberapa kali selepasa teringatkan kata-kata hatinya sebentar tadi… Hatinya begitu sakit pada malam itu.. Air matanya mengalir lagi… “Rissa…Mir sayangkan Rissa…” sayu hatinya berkata-kata...
Suasana dalam kereta sunyi seketika apabila Haris dan Arissa masing-masing mendiamkan diri… Arissa lebih banyak menumpukan tumpuannya pada lagu yang berkumandang di corong radio, lagu yang sedang berkumandang iaitu lagu Diari Hatiku… Arissa begitu meminati penyanyi tersebut kerana kemerduan suaranya disamping memiliki perwatakan yang sopan dan ala-ala perempuan melayu terakhir…Manakala Haris menumpukan matanya kearah jalan bagi memastikan keselamatan mereka berdua…Haris berpaling ke arah Arissa… Matanya tertumpu pada mata Arissa… Mata itu mengingatkan Haris kepada arwah adiknya yang meninggal 10 tahun lepas… Ketika itu adik dia baru berumur 9 tahun.. Maknanya  kalau arwah adiknya masih ada, mungkin adiknya sedang sambung pelajaran di unversiti… Haris masih ingat kata-kata arwah adiknya pada malam mereka kemalangan yang meragut nyawa adik kesayangannya itu… Air mata Haris sedikit mengalir tanpa dipintanya... Haris membahasakan adiknya dengan panggilan Echa kerana sifatnya yang manja dan mudah sangat merajuk.. Bagi Haris, sifat adiknya itu lumrah bagi seorang perempuan lagi-lagi bagi kanak-kanak seperti Echa... “Abang, abang….” panggil Echa lembut memanggil Haris… “Nanti bila Echa dah besar, Echa nak masuk universiti macam Abang Long Mak Uchu, Echa nak belajar pandai-pandai biar Echa boleh masuk universiti dan kalahkan Abang Long,” kata Echa sambil ketawa… Haris turut mengukir senyuman mendengar kata-kata adiknya itu… Abang Long Mak Uchu adalah sepupu mereka, anak sulung Mak Uchu… Disebabkan ramai sangat sepupu mereka yang dipanggil dengan panggilan abang long, maka dibelakangnya ditambah dengan panggilan mak saudara masing-masing… Seingat Haris, belah uminya sahaja dah ada 3 orang sepupunya yang dipanggil abang long.. Untuk Haris, ramai sepupu-sepupunya memanggilnya dengan panggilan abang... Haris lebih rapat dengan adik beradik belah uminya kerana adik beradik belah ayahnya ramai yang tinggal di luar negara, bekerja disana… Ayahnya juga tinggal di London… Haris lebih rapat dengan uminya kerana lebih banyak menghabiskan masanya dengan uminya… Ayahnya hanya balik sebulan sekali sahaja… Haris pernah bertanya kepada uminya kenapa tidak mengikut ayahnya tinggal disana…Umi Haris sekadar menjawab,”Umi lebih selesa tinggal di tanah air umi sendiri berbanding di Negara orang”… Itulah jawapan uminya apabila setiap kali diajukan soalan sebegitu… Kadang-kadang Haris kesian melihatkan uminya yng terpaksa tinggal seorang dirumah lebih-lebih lagi pada waktu malam… Sepatutnya pada masa itu kebanyakan suami isteri sedang bersama… Tapi berlainan bagi uminya yang terpaksa tidur seorang di rumah yang besar untuk diduduki oleh 3 orang pada masa itu… Panjang Haris mengelamun sehingga tidak menyedari simpang ke rumah Arissa sudah terlepas…”Abang!!!” pekik Arissa memanggil Haris… Haris sedikit terkejut dari lamunanya… “Kenapa Risssa?” tanya Haris tanpa menyedari kesilapannya… “Rumah Rissa belakang sana la abang, abang terlepas selekoh dah…” bagitahu Arissa lembut selepas menyedari Haris sedikit terkejut apabila dia menjerit tadi… “Yea ke Rissa?abang tak perasan, maafkan abang…”pinta Haris… Arissa sekadar mengangguk… Diotaknya ligat memikirkan apa yang sedang difikirkan oleh Haris sehinggakan boleh leka sampai macam tu sekali… Tapi Arissa tidak berani bertanyakan hal tersebut kepada Haris… Fikirnya mungkin Haris penat, maklumlah jam pada masa itu sudah melewati angka 3 pagi… Arissa tidak pernah pulang selewat ini.. Ini kali pertama dia masih di jalan raya pada waktu-waktu sebegini…
Selepas mengambil pusingan u di hadapan, Haris mebelok keretanya menuju ke kawasan perumahan Arissa… Tidak sampai 5 minit, keretanya sudah tiba dihadapan rumah banglo yang tertulis Villa Impianku… Selepas memberhentikan kereta, Arissa mengucapkan terima kasih kepada Haris… Arissa segera mengeluarkan kunci rumah dari handbagnya… Fikir Arissa mungkin mamanya sudah tidur… Selepas Arissa memasuki rumah, barulah Haris meninggalkan kawasan rumah Arissa..
Selepas memasuki rumah, Arissa terkejut apabila melihat mamanya sedang lena tidur di atas sofa… Arissa menuju kearah mamanya lantas mencium dahi mamanya… Puan Ayu tersedar apabila Arissa menciumnya.. “Rissa dah lama ke sampai, mama tertidur masa tunggu Rissa tadi,” bagitahu Puan Ayu lembut… “Kenapa mama tunggu Rissa?” tanya Arissa… “Mama saja je tunggu Rissa, mama rindukan Rissa,” jawab Puan Ayu sedikit tersenyum…”Mama nie…Rissa dah besar la ma, lagipun mama sendiri yang bagi kebenaran untuk Haris bawa Rissa keluar malam,” bagitahu Rissa sambil tersenyum… Puan Ayu sekadar mengukir senyuman mendengar kata-kata anak gadisnya itu… Kata-kata Arissa itu memang ada kebenarannya… Tapi sebagai seorang ibu, dia tetap risau memikirkan Arissa keluar sampai lewat pagi walaupun dia amat mempercayai Haris… Bagi Puan ayu, dia sudah menganggap Haris seperti anaknya sendiri... Dia juga meminta Haris membahasakan dirinya dengan panggilan mama.. Walau pada mulanya Haris seakan segan utuk membahasakan panggilan itu, namun lama kelamaan Haris sudah terbiasa… Haris kerap juga berkunjung kerumah Arissa.. Itu pun atas pelawaan mama Arissa sendiri... Bagi Haris, walaupun dia tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari insan yang bergelar ayah, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana memiliki dua orang ibu…
Sepuluh minit selepas menghantar Arissa, Haris sampai dirumahnya… Haris mengambil kunci lalu membuka pintu rumahnya dan masuk.. Sebelum melangkah masuk, salam diberikan… Itulah ajaran uminya untuk memasuki rumah atau mana-mana tempat sekali pun selain dari tandas… Haris sedikit tersenyum mengingtkan pesanan uminya… Haris menuju ke suis lampu untuk mencerahkan ruang tamu rumahnya... Haris hampir hendak pitam apabila melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas lantai… Haris hampir menjerit apabila menyedari tubuh itu adalah tubuh milik umi kesayangannya… Haris segera mendapatkan tubuh uminya... Haris cuba mengejutkan uminya namun tiada reaksi positif dari uminya… Haris menjadi panik lantas dia mendapatkan hansetnya lalu mendail nombor Arissa… Dia kurang pasti kenapa Arissa yang dicarinya ketika itu.. “Hello Rissa, umi Haris pengsan, tolong Haris…” rayu Haris sambil menangis… Arissa sedikit terkejut medengar tangisan Haris dan berita yang diterimanya… “Abang bertenang, nanti Rissa ke rumah abang, abang tunggu Rissa ok,” pujuk Rissa menenangkan Haris… Arissa faham perasaan Haris ketika itu… Tanpa banyak soal Haris bersetuju dan memutuskan talian… Arissa segera memberitahu mamanya akan berita yang baru diterimanya… Mama Arissa juga terkejut mendengar berita tersebut.. Selepas bersiap, Arissa dan Puan Ayu segera menuju ke rumah Haris… Tiba-tiba handset Arissa berbunyi…
Kita jumpa di hospital.. Abang otw ke sana…
Selepas membaca mesej tersebut, Arissa menukar laluan untuk ke hospital… Lima belas minit kemudian, mereka tiba di hospital… Dari jauh, dia sudah nampak kelibat Haris yang sedang mundar mandir dihadapan bilik rawatan… Arissa dan Puan Ayu segera menuju ke arah Haris… Haris segera menyalami Puan Ayu seperti kebiasaanya... Arissa dapat melihat mata Haris yang sedikit merah… Mungkin Haris sudah puas menangis tadi, fikir Arissa… Riak muka Haris amat jelas menunjukkan seribu macam kerisauan… Bagi menenangkan Haris, Puan Ayu mengajak mereka duduk… Haris mengikuti sahaja pelawaan Puan Ayu walaupun dia tidak merasa penat hasil berdiri dari mula sampai lagi… Selepas suasana mulai tenang, Puan Ayu bersuara… “Boleh mama tanya Haris?” tanya Puan Ayu lembut… “Tanya la mama,” jawab haris.. “Umi Haris sakit apa?” Haris terdiam… Suasana kembali sunyi apabila Haris masih mediamkan diri… “Mama ada penyakit barah mama,” jawab Haris sayu… Arissa terkejut apabila mendengar berita dari Haris…  Begitu juga dengan Puan Ayu, dia sedikit terkejut mendengar perkhabaran dari Haris… Dia tidak menyangka sungguh hebat ujian yang diterima oleh Haris, anak yang masih muda… Hati Puan Ayu tidak putus-putus berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan berkekalan kepada Puan Sharifah… Walaupun belum mengenali Puan Sharifah, Puan Ayu dapat mengagak akan keperibadian Puan Sharifah dari cerita-cerita yang diceritakan oleh Arissa tentang Puan Sharifah… Puan Ayu juga mengakuinya apabila melihat keperibadian dan perwatakan Haris sendiri… Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi… Dia juga selalu berpesan kepada Arissa supaya sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga… Selepas itu, suasana menjadi hingar apabila nurse memanggil waris Puan Sharifah…
Haris segera menuju ke arah nurse dan bertanyakan keadaan uminya… “Encik ni waris Puan Sharifah ke?” tanya nurse kepada Haris… “Yea, saya anaknya,”jawab Haris… “Mak encik dah sedar tapi doktor nasihatkan supaya encik tidak melawatnya lagi untuk masa sekarang kerana dia masih dalam keadaan penat,” bagitahu nurse…  “Bila saya boleh melawatnya?” tanya Haris inginkan kepastian.. “Encik boleh bertanyakan hal tu kepada doktor yang merawat mak encik,” bagitahu nurse sambil menunjukkan ke arah doktor… Tanpa banyak soal, Haris segera mendapatkan doktor dan dituruti oleh Arissa dan Puan Ayu… “Doktor, saya anak Puan Sharifah, bila saya boleh melawat umi saya?” tanya Haris… “Oooo kamu Haris kan?” tanya doktor tanpa menjawab soalah Haris terlebih dulu… “Yea saya Haris, anak Puan Sharifah,” jawab Haris… “Umi Haris dah sihat, cuma saya nak dia dia berehat terlebih dahulu buat masa sekarang,” bagitahu doktor…. Haris sekadar mengangguk selepas mendengar penjelasan dari Doktor Mawardi… Haris terbaca nama doktor yang merawat uminya di tag name… “Haris, boleh kamu ikut saya ke bilik saya, saya ada hal nk bincang dengan kamu,” bagitahu doktor… “Ok doktor,” jawab Haris…
Arissa dan Puan Ayu turut sama ke bilik doktor bagi menemani Haris… Arissa tahu Haris amat lemah semangat ketika ini… Haris memerlukan seseorang untuk memulihkan semangatnya yang kian hilang…. “Haris, saya harap kamu tenang mendengar penjelasan dari saya,” bagitahu Doktor Mawardi memulakan perbincangan…. Haris terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh doktor… Dia dapat mengagak sesuatu yang buruk akan disampaikan sebentar nanti… Haris mengucap panjang di dalam hati sambil menggenggam tangannya…. Begitu juga dengan Arissa dan Puan Ayu, masing-masing tidak putus berdoa dan mengucap… Tangan Puan Ayu dari tadi berada atas belakang Haris bagi mengusapnya… Puan Ayu ingin bagi ketenangan kepada Haris untuk mendengar berita yang akan disampaikan oleh doktor… “Umi kamu hanya ada masa tidak sampai enam bulan sahaja lagi untuk hidup,” jujur Doktor Mawardi memberitahu Haris…. Haris bagai hendak pitam apabila mendengar berita dari doktor yang bertanggungjawab merawat uminya sejak uminya disahkan menghidap penyakit kanser serviks… Air mata Haris gugur membasahi pipinya… Doktor yang melihat perubahan Haris, turut mengalirkan air mata… Semua yang berada di dalam bilik itu termasuk Arissa mengalirkan air mata apabila mendengar berita yang baru disampaikan oleh Doktor Mawardi… Haris tidak henti-henti menangis selepas mendengar berita yang amat berat untuk dipikul olehnya ketika ini… Puan Ayu memujuk Haris dengan usapan dan kata-kata semangat…. “Sabar Haris, mama ada menemani Haris menepuh ujian Allah ini, Haris kena redha, mama dan Arissa ada di sisi Haris,” pujuk Puan Ayu menenangkan Haris… Haris memperlahankan tangisannya namun masih kedngaran sedu baki tangisannya… Haris sangat sedih mendengar berita tentang penyakit uminya… Baginya, lebih baik dia tidak mengetahui berita itu dari terpaksa menghitung hari hayat uminya untuk  tinggal bersamanya didunia ini…
Selepas suasana tenang, Haris meminta diri untuk keluar selepas semua urusan dengan doktor selesai… Diluar bilik doktor, Haris lebih banyak mendiamkan diri dari kebiasaannya… Begitu juga dengan Arissa dan Puan Ayu, masing-masing mendiamkan diri… “Haris, Rissa, jom kita pergi makan, ajak Puan Ayu bagi menjernihkan keadaan… Seakan memahami, Arissa turut mengajak Haris… “Abang, jom kita pergi makan, Rissa lapar la,” rengek Arissa manja… Haris sedikit tersenyum mendengar suara manja Arissa yang begitu menyentuh hati lelakinya… Arissa dan Puan Ayu senang melihatkan perubahan positif Haris… Mereka bertiga berjalan seiringan menuju ke kafe hospital…
Arissa menunggu mamanya diluar surau… Dia tidak turut sama menunaikan solat kerana dia tengah bercuti ketika itu…  Arissa ternampak kelibat Haris keluar dari surau lelaki… Dia seakan kelu memikirkan apa yang akan difikirkan oleh Haris melihat dia berada diluar surau… “Ah, mesti Haris faham,” kata hati Arissa… Dari jauh, Haris sudah tersenyum melihatkan Arissa dalam keadan malu-malu… Haris seakan faham apa yang dimalukan oleh Arissa… “Hai adik abang, dah solat ke?” tanya Haris sedikit tersenyum… Arissa pantas menjeling kearah Haris… Dia tahu Haris sengaja memperlinya… Lima minit kemudian, Puan Ayu keluar… Dia tersenyum melihat Haris sudah ketawa tidak seperti didalam bilik doktor sebentar tadi…
Tepat jam lapan pagi, Haris masuk ke bilik yang menempatkan uminya… Semasa masuk kelihatan doktor sedang mengambil tekanan darah uminya… Haris seakan ingin menangis melihat keadaan uminya yang tengah menanggung penderitaan penyakit barah yang ditanggung sejak 8 tahun lepas… Selepas menyedari kehadiran Haris, Puan Sharifah, tersenyum sambil mengucapkan salam kepada haris… “Kan umi dah pesan kalau hendak masuk man-mana tempat selain tandas, Haris kena bagi salam terlebih dahulu,” pesan umi Haris sekali lagi… Haris tersenyum lalu meminta maaf kepada uminya… Semua yang berada dalam bilik itu tersenyum melihat hubungan yang akrab antara dua beranak itu… Hati Puan Ayu begitu tersentuh mengenangkan ajaran yang diajarkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya, Haris… Arissa sedikit lewat masuk kerana pergi ke tandas… Setibanya Arissa dibilik itu, Puan sharifah menangis secara tiba-tiba… Semua yang melihat situasi itu seakan terkejut… Masing-masing pening memikirkan kenapa Puan Sharifah menangis… bagi menghormati keluarga Puan Sharifah, Doktor Mawardi minta diri untuk keluar… Selepas doktor keluar, Haris segera mendapatkan uminya lalu menenangkannya… “Umi, kan Haris dah berjanji yang Haris kan bawa Anaku perempuan umi kembali ke dalam hidup umi?” bagitahu Haris dalam nada sebak… “Ni anak umi ke Haris?” tanya Puan Sharifah… Haris member isyarat kepada Arissa supaya menyalami uminya… Arissa menuruti sahaja permintaan Haris… Belum sempat Arissa mengangkat mukanya, Puan Sharifah terlebih dulu memeluknya…. “Echa, Echa pergi mana, kenapa Echa tinggalkan umi sorang-sorang?” tanya Puan Sharifah sambil menangis… Arissa yang berada dalam pelukan Puan Sharifah menjadi kaku dan terpinga-pinga… Semua yang melihat situasi sedih itu turut menangis sama… Puan Ayu dari tadi lagi memikirkan kenapa Puan Sharifah menangis apabila melihat Arissa anaknya… Dan dia juga terfikir kenapa Puan sharifah membahasakan Arissa dengan panggilan Echa… Puan Ayu masih memikirkan apa sebenarnya sedang terjadi di depan matanya… Haris tiba-tiba bersuara… “Umi, ni Putri Arissa Farisha, anak Puan Ayu, yang juga mak angkat Haris,” bagitahu Haris panjang lebar kepadanya… Puan sharifah seakan terkejut mendengar penjelasan dari Haris lantas dia segera meleraikan pelukan… Puan Ayu mendapatkan Puan Sharifah lalu menyalaminya… Jelas terpancar kekecewaan yang teramat sangat dari riak muka Puan Sharifah ketika itu… Haris mendiamkan diri lagi…
“Haris, ni bukan Echa anak umi ke? Ni siapa Haris?” tanya Puan Sharifah sungguh-sunguh… Air mata Haris mengalir keluar lagi… Puan sharifah dari tadi lagi menangis selepas mendengar penjelasan dari anankya, Haris bahawa itu bukan anak perempuannya, Echa… “Umi, Echa anak umi dah lama meninggal, ni Arissa anak Puan Ayu, dia bukan Echa umi, dia seiras dengan Echa adik Haris tapi dia bukan Echa, Echa dah lama meninggal,” terang Haris panjang lebar… Puan Sharifah mengucap panjang apabila menyedari kesilapan dirinya… Dia sepatutnya terima dan redha dengan kehendak Ilahi untuk mengambil Echa darinya 10 tahun lepas… “Puan Sharifah, saya Puan Ayu mak kepada Arissa, saya tak tahu apa yang sedang terjadi sekarang, tapi ni Arissa anak saya,” bagitahu Puan Ayu cuba menenagkan keadaan… “Maafkan saya Puan Ayu, saya terlampau mengikut perasaan, maafkan saya,” pinta Puan Sharifah lembut… Puan Ayu sekadar mengangguk walaupun belum mengetahui cerita sebenar… Dia ingin bertanya tapi apabila memikirkan kesihatan Puan sharifah, lantas niat itu dibatalkan… Fikirnya mungkin Arissa tahu mengenai hal tersebut… Selepas berbual-bual, Puan Ayu meminta diri untuk pulang… Puan sharifah mengucapkan terima kasih kerana datang melawatnya walaupun mereka belum mengenali sepenuhnya lagi…
Didalam kereta, Puan Ayu bersuara, “Kenapa umi Haris panggil Rissa Echa, Rissa tahu apa-apa tak?” tanya Puan Ayu… “Rissa pun tak tahu la umi, hari tu Haris ada bagitahu tentang arwah adik dia tapi dia belum bersedia nak ceritakan hal sebenar kepada Rissa,” jawab Rissa….  “Oooo macam tu, tak pela Rissa,” ucap Puan Ayu lembut… Setiba di Villa Impianku, mereka berjalan seiringan masuk kedalam rumah… Arissa menuju ke biliknya lalu menghempaskan badannya keatas katil… Penatnya belum hilang kerana semalaman tidak tidur… Seketika dia teringatkan Haris lalu mencapai telefon dan menghantar mesej…
Rissa dah sampai rumah… Abang tengah buat ape? Kalau abang penat, nanti Rissa pergi sana temankan abang… Tapi sekarang Rissa nak rehat dulu boleh? Hehhehe
Haris membalas….
Pandai yea adik abang nie yea…. Abang tengah tengok umi tidur… rasa nk tidur je tapi mata nie tak boleh nak pejam… asyik ingatkan Rissa je… heheheh
Arissa tersenyum menbaca mesej Haris yang diterima tadi lalu membalasnya…
Abang ingatkan Rissa? Rissa pun sama… J
Haris turut tersenyum membaca mesej dari Arissa… Dia membalasnya…
Rissa, abang sayangkan Rissa… abang serius….
Selepas membaca mesej tersebut, Arissa menjadi serba salah… Fikirnya Haris sengaja ingin bergurau dengannya… Lalu dia membalasnya…
Rissa pun sama… Rissa sayangkan Abang… hehhe
Haris segera membalas selepas menerima balasan dari Arissa…
Rissa, abang serius… Abang betul-betul sayangkan Rissa… Abang serinus nie sayang…
Sayang? Arissa dapat merasakan Haris serius dengan kata-katanya… Arissa hilang kata-kata memikirkan tentang hal yang baru diwujudkan oleh Haris sebentar tadi…
Rissa tak faham dengan maksud abang… Apa maksud abang yang abang sayangkan Rissa?
Haris tersenyum lalu membalas…
Abang sayangkan Rissa lebih dari seorang kawan… Abang nak jadikan Rissa girlfriend abang dan kalau Rissa sudi, abang nak jadikan Rissa sebagai isteri abang… Boleh Rissa? abang serius…
Arissa terlopong membaca pengakuan Haris… dia tak tahu apa perasaannya terhadap Haris… Memang dihatinya ada terselit perasaan sayang kepada Haris tapi dia belum pasti adakah dia sudah bersedia untuk menjalin hubungan yang serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini… Akhirnya Arissa terpaksa meringankan jarinya menaip mesej untuk Haris…
Rissa tak tahu abang… Rissa tak pasti dengan perasaan Rissa… Boleh abang bagi masa untuk Rissa fikirkan semua ni? Lagipun, Rissa kena tanya pendapat mama rissa dulu…
Haris hilang kata-kata apabila Arissa membalas sebegitu… Akhirnya dia membalas mesej Arissa walaupun dihatinya ada sedikit perasaan kecewa…
Ok Rissa, abang faham… Rissa ambil la masa untuk fikirkan pelawaan abang… Tapi abang harap abang kan menerima balasan positif dari Rissa… J
Arissa membalas lagi…
Thanks abang… abang, Rissa nk mandi… bye
Haris tersenyum lalu membalasnya… Dia tahu Arissa ada menyimpan perasaan terhadapnya… Dia yakin…
Yeala sayang abang… bye
Arissa sekadar tersenyum apabila Haris membahasakannya dengan panggilan sayang… Dia merasakan dia begitu selesa diperlakukan sebegitu oleh Haris… Namun dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya… Panjang Arissa mengelamun sehingga dia tertidur dibuai mimpi-mimpi indah… Dia terlupa pada niat asalnya untuk mandi seperti diberitahu kepada Haris sebentar tadi…
nantikan sambungannya k.... don't wory b hapi k... huhuuhh




Wednesday, September 1, 2010

hari ini.... 010910

bermulanya dari tarikh ini, aku raja nur fatihah memiliki blog aku sendiri... akhirnya.... alhamdulillah.... aku create blog nie utk ketengahkan idea2 aku.... kalo korang smua nk tahu, aku minat menulis cerpen tau.... so, utk publish cerpen2 aku, aku kena la ada blog aku sendiri... harap kawan2 smua sudi baca hasil idea2 aku nie.....